Wednesday, 13 June 2012

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

Haii Hoiii *kenyitmata.jpg*
Yang ini Kelmarin punye Cerita *kenyitmatakatUmi.jpg*

Harituu guwa dengan kelaas guwa pergi lawatan ke PPNJ dengan Niat, Bismillah. Ahahahaa

Tujuan kita orang pergi ke PPNJ adalah kerana Assignment yang memerlukan kita orang pergi melawat tempat Penyembelihan Ayam di Ayer Hitam.


PPNJ ! yang ni Group guwa

kiri : Guwa (sial ! guwa tak suka bergambar)
tengah : Umii (member tapi macam family guwa)
kanan : itu Saniy / Sambhi (muka hensem macam hero malaya) -__-"


So kita orang buat la Research pasal Penyembelihan Ayam. Sbb assignment ni under Subject "Halal Practice".
So kita orang terpaksa memPraktis kan diri dengan menyembelih ayam ayam di PPNJ. Ahahaa :D


Guwa gerak dari Politeknik Ibrahim Sultan pukul 8.30 pagi waktu Malaysia.
Mengambil masaa 1 jam setengah untuk sampai ke destinasi iaitu Ayer Hitam. 

Okayy, Abang Drebar bas memang bawak macam Pelesit.
Guwa dah lah kene duduk sebelah Drebar sbb kat belakang dah takde seat kosong dah.
Terpaksa laa guwa duduk depaan sengsorang. Nak bebual dengan Drebar ? Sorry, guwa bukan kaki borak Kedai Kopi punyee orang. -_____-"

Masa pegi tu guwaa tahan mata laa. Yelaa orang lelaki kaan. Selalunya jadi pemandu kalau ada Trip dengan family.
So guwa belajar laa jalan kat area KongKong, Pasir Gudang sana.
Takdelaa jadi macam Katak Bawah Tempurung. Duduk PG lama lama tapi tak tau apa apaa.


Okayy, sesudah sampai ke Tol Ayer Hitam, Lecturer guwa "Miss Anipah" cakap yang kita da terlajak pulakk. haisss macam macaam.
Then Drebar bas patah la balik ikot jalan lama. Guwa pulak duduk depan ni tunjuk laa tanggongjawab sikit.
Tolong laa Drebar bas tu cari PPNJ dengan keadaan bas yang dipandu sangaat Laju. Macam Shittt ! 
-___________-"


Then guwa menggunakan mata Sepet guwa yang Tajam ni, guwa ternampak papan tanda PPNJ. 
Guwa pon teros tunjuk kat Drebar bas tuu.
Then kita orang pon sampaaai kat PPNJ. Okay, memang cantik tempat dia. 
*Sumpah aku tipu* Ahahahaa :D


Sampai je dekat Office PPNJ tu kita orang berjumpa dengan En. Khairul Faizal.
BELIAU pon mula menerangkan sedikit tentang latar belakang PPNJ ni. 
Lepastu BELIAU blaa blaa blaaa . . . . Guwa tak dengar sepatah pon.

Then kita orang dibawa teros ke bahagian penyembelihan, sorry takde Gambar kat sini. 
Kalau lu orang nak tengok gambar, klik sini . ;)

Sampai jee dekat bahagian belakang, kita orang di perkenalkan dengan Penyelia bahagian Penyembelihan entah sape nama Encik tu entah. ahahaa
BELIAU teros membuat demonstrasi penyembelihan dan menerangkan serba sedikit pasal Sembelih.

Okayy, kat tempat sembelih tu banyaak darah. OMG ! guwa perasan, warna darah dengan warna baju Umi samaa. 
Adakah meraka sudah berjanji ?? okayy nonsence. sbb Umii fobia dengan darah. Ahahahaa


Bilaa cik Umi nampak darah, dia macam. 

cik Umi : "Alaaaaaaaaaa, acap aku pening laa" 

guwa : "ahh kauu ni, aku Pangggggg kangggg" *okay, yang ni guwa reka* ahahahaa

guwa : "kau tak payah la tengok darah tuu. kau tengok ayam jee" *yang ni yang betol* 


okayy, yang ni Cik Umii. 
See ! baju Merah. kan sama dengan warna Darah tuu.
*mereka berjanji barangkali* #wonderinggg


okayy, then kita orang pon turn by turn sembelih ayaaam.
tapi yang sedih nye, guwa sembelih ayam tu tak Halal. -____-"
Guwa tak boleh salah kan orang lain atau ayam tuu, sbb guwa memg tak pandai.
*first time kan sembelih ayam*

Masa guwa nak sembelih tu laa, ayam tu nak Berak laa, Encik tu nak buat penerangan sikitt laaa.
*Aku Pangggggg kaaaangggg* -____-"


Then lepas guwa sembelih, guwa teros cuci Pisau and bagi Encik tuu.
Guwa jalan pegi dekat sekolompok Perkauman kelas guwa, guwa buat Rilek jee. Ahahahaa :b

After selesai semua orang menyembelih, kita orang lepas kejap dekat Warong Pak Mat (nama direka) 
warong tu betol betol depan Pusat Penyembelihan tuu.
Barangkali BELIAU memang bekerja dibawah PPNJ kott. ahahahaa

Lepas 15 ke 20 minit rehat minum minum, kita orang teros gerak semula ke Office PPNJ untuk melihat video perjalanan Ayam dalam proses penyembelihan.

Kita orang tak dapat masuk Pusat Penyembelihan tu sbb takot mengganggu waktu operasi pusat tuu. 
so dapat tengok video jee.
*video pon video laa Bang, yang penting ilmu. Ye dakk ?* ahahaa

Abes video tuu jee guwa sebagai Class Rep untuk ShortSem ni memberi CenderaHati kepada Encik Khairul Faizal tadi sebagai tanda Terima Kasih kerana memberi kerjasama sepanjang lawatan kami.
*okaay, gambar yang guwa salam dengan Brader ni guwa takde* Shitt ! -_______-"


Settle sume bendee, kita orang pon balik ke PIS teross. Jangan lecehh
Guwa pon duduk balik dekat Seat Special guwa 
Bas bergerak dalam 10 minit gituu, guwa amek SnowCap guwa
Guwa Sarong kat kepalaa, guwa pasang Beats guwa
Guwa TIDO.
Memang Heavennnnn ~


p/s : Umii , gambar kau macam 100times lagi banyak dari aku tauu ! so Bersyukur laa. Ahahaha :b
Salam Sayang dari aku, Acap. 

Friday, 8 June 2012

Cerita Kedai Makan

Haii IR ( "Invisible Readers" ) !

Tadi guwa keluar kejap pegi beli makan kat satu kedai makan ni area Larkin. 
Sesampai di kedai pertama, guwa park kereta elok elok lepas itu teros pegi beli makan.

Bende pertama guwa beli ialah Uncle Bob Fried Chicken. 
Perhhh ! Memang sedap ayam dia. Tapi harga pon boleh la tahan.
Takpe asalkan Best ! haha

After siap jee, guwa teros gerak ke lokasi kedua. 
Tempat tu tak jauh pon dari area Uncle Bob Fried Chicken tadi.
Guwa pon park sekali lagi kereta guwa kat tempat parking moto. 
Guwa lock kereta teros duduk kat seat seat yang kosong kat situ.

Pelayan : "Makan apa Encik?"

Guwa : "Bagi saya Menu satu bang" *sengihh*


Brader tu pon teros masok dalam amek menu dengan muka yang tersengih sengih rasa macam ada orang cucuk cucuk pinggang dia.


Pelayan : "Ni bang Menu"

Guwa : "Okay mekaseh"

Guwa pon teros belek belek menu tuu. Guwa belek belek untuk perot guwa jee. 
Makanan untuk mak dgn adik guwa memang dah tau dah nak order apa.
Guwa je ni haa tak tahu nak makan apa. Haha

Guwa : "abang bagi saya Kuey Teow Hong Kong satu, Nasi Goreng TomYam satu dengan Nasi
             Goreng Belacan laa satu. Bungkus eh bang. Mekaseh"


Lepas order je guwa teros rilek dekat kerusi sambil tengok perlawanan Bola .
Antara Singapura menentang Malaysia berReferee kan HongKong.
And that game so Unfair ! guwa tak suka bila tengok game bola yang tak Fairplay. : l

10 minit lepas guwa order makan, ada dua orang brader ni pulak datang makan.
Diorang duduk kat meja belakang seat guwa.

Masa itu baru guwa perasan yang kedai makan guwa pegi ni tak ramai Customer.
"harap harap makanan cepat la siap" (hati guwa berbisik)

Guwa toleh kanan ada satu family ni tengah bersantap. Pehh! memang selera tengok diorang makan.
Satu family semua Bulat Bulat. Lepas tu guwa toleh kat pekerja pekerja pulak.

Mata guwa dapat perhatian tiba tiba dari seorang awek yang bekerja kat kedai ni.
Dari depan memang nampak ayuu. Pehh ! terpegun guwa tengok.
Tapi bila dia pusing jee, mata guwa terkebil kebil keliru.
"Itu Ekor Kuda ke Rambut dia?" (pakai tudung tapi rambut terjuntai keluar)
Okay guwa Tersengih diMulut, tapi Terbahak bahak di Hati. :D Whatheeefakkkk ! : l

Tengah tengah tersengih tu, brader belakang guwa ni bebual pasal game Bola yang tengah berlansung itu.
Guwa pon pasang telinga. Da dekat kan ngn meja guwa, guwa dengar jela diorang berbual. Bosan kan tunggu order guwa tak sampai sampai lagi.

Diorang berbual pasal player malaysia, Nazmi Faiz.

Brader 1 : "Eh, mana budak kesayangan Malaysia. Nazmi"

Brader 2 : "Takde pon. Tak main kott. Dia bawah kita kan?"

Brader 1 : "A'aah bawah kita. Tak main pon. Kata player kesayangan malaysia tapi tak turun padang.
                Hahaha"

Okayy bro ! first sekali lu orang tak ikot perkembangan bola sepak malaysia. Lu orang jangan nak macam macam kritik ehh. 
FYI Nazmi skg ada kat Portugal. Main kelab Beira Mar FC.
So macam mana nak main untuk malaysia malam ni ? Hahh Stupid muuu ni Hahaha :D

Lepas guwa leka leka sebok pasang telinga, baru guwa perasan makanan guwa tak siap lagi.
Tapi makanan brader brader belakang guwa ni da sampai dulu. 
Perasaan tak puas hati tu dah ada siket. Tapi guwa rilek lagi.

Masa guwa tengah nak hangen tiba tiba baru nak siap.
Okay guwa teros gerak pegi bayar.
Guwa da standby da Rm16.50 sbb guwa da buat kira kira ikot Menu tadi.
Masa guwa nak bayar je tiba tiba jadi Rm16.00.
Guwa pelik, mana datang lagi Rm0.50 ? tapi guwa bayar je.
Guwa niat dalam hati Sedekah kat orang kedai ni.

Guwa start enjin teros berdezup guwa balik rumah. Tak sabar dah nak makan ni.
Sampai rumah, guwa letak makanan kat atas meja guwa pegi cuci tangaan.
Guwa bukak poleysterin tu jee. Guwa nampak . . .

Whattheeefaaaaakkkkk !!
Guwa order nasi goreng belacan la tadi.
Asal guwa dapaat Nasi Goreng Kampung !?? 


Euro 2012 Poland Ukraine

Helo Geng ! 



Sepak mula dah nak bermula. 

Kali ini Perlawanan yang dianjurkan setiap 4 tahun sekali ini akan bermula dengan perlawanan antara Tuan Rumah (Poland) dengan Juara Euro 2004 (Greece) . 

Guwa tidak dapat nak mengagak siapa yang akan menjuarai Euro pada kali ini sbb guwa bukan la seperti Mendiang Paul si Sotong atau yang baru baru ini ialah Citta si Gajah. Hahaha :b

Tapi skuad Soccer guwa pada kali ini ialah Croatia. Guwa pon tak tau kenapa guwa pilih Croatia sebagai Skuad pilihan. Mungkin hati guwa kali ini tergerak untuk menyokong Team Underdog. Yee mungkin, dan siapa kata yang Team Underdog tidak boleh menang? 
Jangan lupa yang Adidas Tango 12 itu bulat. Apa apa pon boleh terjadi.

Adidas Tango 12 ialah bola rasmi untuk Euro kali ini. Guwa tak tau kondisi bola ini sbb guwa belum pernah menyaksikan bola ini Beraksi. Haha
Guwa harap bola ini lebih baik dan lebih padat dari bola sebelum ini keluaran Adidas jugak iaitu Adidas Jabulani.

Adidas Tango 12

Kata kata akhir dari guwa untuk Euro 2012 ialah Majulah Sukan untuk Negara. *okay tak memasal*

Guwa harap skuad Croatia akan berjaya dalam Euro 2012 demi mencatat sejarah sebagai Team Underdog. 

one of the Great Army of Croatia - Luka Modric

Okay Chow . Go Croatia !


Ohh Helo !

Ohh Helo! Ohh Hai! Ohh Hoi! 

Ini blog guwa yang baru. 
Blog lama tidak perlulah di ingatkan kerana sudah terlalu lama terabai dek kerana kesibukan hidup sebagai Pelajar. Ecehh ! -___-"

Okay, pertama sekali guwa nak beritahu kat korang semua yang guwa tidak akan pernah suka bergambar.
So, segala gambar gambar di dalam blog ini mungkin bukan gambar guwa.
Sebab guwa rasa guwa ni bukan la jenis yang Photogenic macam orang lain zaman sekarang ini.
Guwa memg anti dengan Snapping Picture tapi guwa suka Snap picture orang. haha :D

Sorry kalau korang tidak biasa dengan cara guwa memperkenalkan diri dengan menggunakan perkataan "GUWA" untuk memanggil diri ini. *nanti lu orang ckp guwa ni mcm gangster la pangil "guwa lu guwa lu" tp lantak laa. Ini kan Blog guwa. Hahaha v('o')v

Kepada semua Readers guwa, guwa nak ucapkan  




to OmaRudy™ Blogspot. ;D