Yang ini Kelmarin punye Cerita *kenyitmatakatUmi.jpg*
Harituu guwa dengan kelaas guwa pergi lawatan ke PPNJ dengan Niat, Bismillah. Ahahahaa
Tujuan kita orang pergi ke PPNJ adalah kerana Assignment yang memerlukan kita orang pergi melawat tempat Penyembelihan Ayam di Ayer Hitam.
PPNJ ! yang ni Group guwa
kiri : Guwa (sial ! guwa tak suka bergambar)
tengah : Umii (member tapi macam family guwa)
kanan : itu Saniy / Sambhi (muka hensem macam hero malaya) -__-"
So kita orang buat la Research pasal Penyembelihan Ayam. Sbb assignment ni under Subject "Halal Practice".
So kita orang terpaksa memPraktis kan diri dengan menyembelih ayam ayam di PPNJ. Ahahaa :D
Guwa gerak dari Politeknik Ibrahim Sultan pukul 8.30 pagi waktu Malaysia.
Mengambil masaa 1 jam setengah untuk sampai ke destinasi iaitu Ayer Hitam.
Okayy, Abang Drebar bas memang bawak macam Pelesit.
Guwa dah lah kene duduk sebelah Drebar sbb kat belakang dah takde seat kosong dah.
Terpaksa laa guwa duduk depaan sengsorang. Nak bebual dengan Drebar ? Sorry, guwa bukan kaki borak Kedai Kopi punyee orang. -_____-"
Masa pegi tu guwaa tahan mata laa. Yelaa orang lelaki kaan. Selalunya jadi pemandu kalau ada Trip dengan family.
So guwa belajar laa jalan kat area KongKong, Pasir Gudang sana.
Takdelaa jadi macam Katak Bawah Tempurung. Duduk PG lama lama tapi tak tau apa apaa.
Okayy, sesudah sampai ke Tol Ayer Hitam, Lecturer guwa "Miss Anipah" cakap yang kita da terlajak pulakk. haisss macam macaam.
Then Drebar bas patah la balik ikot jalan lama. Guwa pulak duduk depan ni tunjuk laa tanggongjawab sikit.
Tolong laa Drebar bas tu cari PPNJ dengan keadaan bas yang dipandu sangaat Laju. Macam Shittt !
-___________-"
Then guwa menggunakan mata Sepet guwa yang Tajam ni, guwa ternampak papan tanda PPNJ.
Guwa pon teros tunjuk kat Drebar bas tuu.
Then kita orang pon sampaaai kat PPNJ. Okay, memang cantik tempat dia.
*Sumpah aku tipu* Ahahahaa :D
Sampai je dekat Office PPNJ tu kita orang berjumpa dengan En. Khairul Faizal.
BELIAU pon mula menerangkan sedikit tentang latar belakang PPNJ ni.
Lepastu BELIAU blaa blaa blaaa . . . . Guwa tak dengar sepatah pon.
Then kita orang dibawa teros ke bahagian penyembelihan, sorry takde Gambar kat sini.
Kalau lu orang nak tengok gambar, klik sini . ;)
Sampai jee dekat bahagian belakang, kita orang di perkenalkan dengan Penyelia bahagian Penyembelihan entah sape nama Encik tu entah. ahahaa
BELIAU teros membuat demonstrasi penyembelihan dan menerangkan serba sedikit pasal Sembelih.
Okayy, kat tempat sembelih tu banyaak darah. OMG ! guwa perasan, warna darah dengan warna baju Umi samaa.
Adakah meraka sudah berjanji ?? okayy nonsence. sbb Umii fobia dengan darah. Ahahahaa
Bilaa cik Umi nampak darah, dia macam.
cik Umi : "Alaaaaaaaaaa, acap aku pening laa"
guwa : "ahh kauu ni, aku Pangggggg kangggg" *okay, yang ni guwa reka* ahahahaa
guwa : "kau tak payah la tengok darah tuu. kau tengok ayam jee" *yang ni yang betol*
okayy, yang ni Cik Umii.
See ! baju Merah. kan sama dengan warna Darah tuu.
*mereka berjanji barangkali* #wonderinggg
okayy, then kita orang pon turn by turn sembelih ayaaam.
tapi yang sedih nye, guwa sembelih ayam tu tak Halal. -____-"
Guwa tak boleh salah kan orang lain atau ayam tuu, sbb guwa memg tak pandai.
*first time kan sembelih ayam*
Masa guwa nak sembelih tu laa, ayam tu nak Berak laa, Encik tu nak buat penerangan sikitt laaa.
*Aku Pangggggg kaaaangggg* -____-"
Then lepas guwa sembelih, guwa teros cuci Pisau and bagi Encik tuu.
Guwa jalan pegi dekat sekolompok Perkauman kelas guwa, guwa buat Rilek jee. Ahahahaa :b
After selesai semua orang menyembelih, kita orang lepas kejap dekat Warong Pak Mat (nama direka)
warong tu betol betol depan Pusat Penyembelihan tuu.
Barangkali BELIAU memang bekerja dibawah PPNJ kott. ahahahaa
Lepas 15 ke 20 minit rehat minum minum, kita orang teros gerak semula ke Office PPNJ untuk melihat video perjalanan Ayam dalam proses penyembelihan.
Kita orang tak dapat masuk Pusat Penyembelihan tu sbb takot mengganggu waktu operasi pusat tuu.
so dapat tengok video jee.
*video pon video laa Bang, yang penting ilmu. Ye dakk ?* ahahaa
Abes video tuu jee guwa sebagai Class Rep untuk ShortSem ni memberi CenderaHati kepada Encik Khairul Faizal tadi sebagai tanda Terima Kasih kerana memberi kerjasama sepanjang lawatan kami.
*okaay, gambar yang guwa salam dengan Brader ni guwa takde* Shitt ! -_______-"
Settle sume bendee, kita orang pon balik ke PIS teross. Jangan lecehh
Guwa pon duduk balik dekat Seat Special guwa
Bas bergerak dalam 10 minit gituu, guwa amek SnowCap guwa
Guwa Sarong kat kepalaa, guwa pasang Beats guwa
Guwa TIDO.
Memang Heavennnnn ~
p/s : Umii , gambar kau macam 100times lagi banyak dari aku tauu ! so Bersyukur laa. Ahahaha :b
Salam Sayang dari aku, Acap.


waterpark. bahan gua pulak! hahaha
ReplyDelete